Seorang pegawai tinggi Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berpangkat Leftenan Kolonel yang bertugas sebagai juruterbang helikopter, mengaku telah mencabul kehormatan seorang siswi di asrama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 2022 semasa kesnya didengar di mahkamah pada 10 Januari.
Neo Aik Chiao, 47 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan jenayah kekerasan dengan niat untuk mengaibkan kesopanan wanita berusia 21 tahun itu...





