Lebih ramai warga Singapura mengikuti program latihan SkillsFuture Singapura (SSG) tetapi hanya “minoriti kecil” menggunakan sepenuhnya kredit SkillsFuture mereka, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, pada 10 Januari.
Sejak pelancaran gerakan pembelajaran sepanjang hayat kebangsaan, kadar penyertaan latihan individu, termasuk mereka yang ditaja oleh majikan, telah meningkat daripada 35 peratus pada 2015 kepada sekitar 50...





