LONDON: Tottenham Hotspur telah mendapatkan khidmat penyerang Jerman, Timo Werner, secara pinjaman daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig, sehingga akhir musim ini.
Pemindahan pemain berusia 27 tahun itu termasuk pilihan untuk kekal di kelab London tersebut selepas tempoh pinjaman tamat.





