PETALING JAYA: Dalam usaha memastikan tadbir urus dan tatakelola baik dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selain mencegah amalan rasuah, Putrajaya bersedia menguatkuasakan semula pengisytiharan aset bagi Ahli Parlimen (AP) dan ahli pentadbiran tidak lama lagi, dengan format baru.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada 8 Januari, berkata ini selaras dengan misi Kerajaan Perpaduan untuk menggalak ketelusan dan meningkatkan integriti...





