KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Malaysia pada 19-26 Mei akan menjadi pertandingan sepak takraw pertama menggunakan sistem ranking dunia baru, kata setiausaha agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader.
Beliau berkata pengenalan sistem ranking pada kejohanan itu adalah antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan dalam...





