KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik, berhubung ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi, dan beliau menyatakan laporan itu dibuat di pelbagai lokasi, termasuk ibu pejabat polis daerah Putrajaya, Cheras dan...





