Bangunan di pusat Persatuan Muhammadiyah akan dinaik taraf demi meneruskan usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan melalui Projek Wahdah.
Persatuan Muhammadiyah merupakan sebuah persatuan dakwah yang menegakkan amar maaruf nahi mungkar (mengajak dalam hal kebaikan dan mencegah kemungkaran) sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunah Rasulullah saw. Usaha dakwah persatuan ini digerakkan dalam bentuk dakwah melalui ucapan, dakwah melalui ilmu, dakwah melalui...





