KOTA TINGGI: Pihak berkuasa dan keselamatan menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan ke bandar Kota Tinggi, Johor, susulan banjir teruk yang melanda daerah itu sejak 7 Januari.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata saranan itu dibuat susulan peningkatan paras air di kawasan berkenaan sehingga mencecah ketinggian tiga meter di kawasan rendah, sekali gus mendatangkan risiko.





