KUALA LUMPUR: Suhu politik Malaysia di Sabah agak panas sejak awal Disember lalu apabila dilaporkan berlaku drama politik terutama ketika bahang Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN-17) semakin rancak.
Ia susulan pengumuman Barisan Nasional (BN) mahu bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi menentang kerajaan memerintah sekarang yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).





