PARIS: Penyerang Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata beliau belum membuat keputusan mengenai masa depannya.
Pemain berusia 25 tahun itu, yang juga kapten Perancis, mempunyai kontrak bersama juara Ligue 1 itu yang akan berakhir pada musim panas ini dan beliau telah dikaitkan dengan pemindahan ke Real Madrid.





