NEW YORK: Dua kereta api bawah tanah New York berlanggar pada 4 Januari, mencederakan 24 orang dan menyebabkan suasana kecoh di kalangan para penumpang, sejurus sebelum waktu sibuk di kota besar itu.
Berpuluh-puluh kenderaan polis dan bomba, bergegas ke kawasan itu untuk membantu memindahkan ratusan penumpang yang terjejas.





