KUALA LUMPUR: Tiada kewujudan kartel atau mafia yang terbabit dalam penentuan harga beras dan benih padi di Malaysia sebagaimana didakwa.
Tegas menafikan dakwaan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) berkata sejumlah 39,000 lesen pelbagai jenis termasuk Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi...





