KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan dua Perdana Menteri pada pentadbiran terdahulu, berkaitan dana RM700 juta ($201.2 juta) bagi tujuan promosi dan publisiti.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan proses dan tatacara perbelanjaan kerajaan antara tahun 2020 hingga 2022.





