Dari 30 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024, orang ramai yang mengunjungi Our Tampines Hub (OTH) akan mendapat akses percuma kepada kandungan premium Berita Harian (BH) dan enam penerbitan SPH Media yang lain tanpa memerlukan langganan.
Kerjasama selama tiga bulan itu sebahagian daripada kempen literasi digital yang bertujuan memperkenalkan bacaan berasaskan lokasi kepada mereka yang berada di OTH.





