BERLIN: Polis Jerman berkata pada 23 Disember bahawa mereka telah meningkatkan kawalan keselamatan di Katedral Cologne berikutan tanda-tanda serangan yang dirancang untuk malam Tahun Baru dan susulan amaran pemerintah dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengenai peningkatan ancaman pengganasan oleh kumpulan ekstremis Islam.
Polis dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka akan menggunakan anjing pengesan untuk memeriksa katedral tersebut selepas misa malam,...





