KUALA LUMPUR: Mesir menyatakan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Duta Mesir ke Malaysia, Encik Ragai Tawfik Said Nasr, berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, pada 23 Oktober di Kahirah telah mempercepatkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia...





