Dua wakil dari Masjid Omar Kampong Melaka telah melawat Gereja Sacred Heart, di Tank Road, yang terletak berhampiran masjid tersebut sempena sambutan Krismas.
Lawatan pada 20 Disember itu adalah sebahagian daripada usaha masjid tersebut mempereratkan hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memperkukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.





