PUTRAJAYA: Dianggarkan 63.9 peratus atau 21.3 juta daripada keseluruhan 33.4 juta penduduk di Malaysia pada 2023 adalah Bumiputera.
Menurut statistik Bumiputera 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah itu merangkumi 10.8 juta orang penduduk Bumiputera lelaki, manakala perempuan seramai 10.5 juta orang, dengan nisbah jantina 102 lelaki berbanding 100 perempuan.





