Pemerintah akan meningkatkan langkah penguatkuasaan untuk menyekat jualan dan bekalan rokok elektrik atau e-vaporiser atau lebih dikenali sebagai vape.
Langkah penguatkuasaan yang dipertingkat itu termasuk bekerja dengan pihak berkuasa untuk menyekat penjualan dan bekalan e-vaporiser daripada merentasi sempadan; meningkatkan pengesanan dan penyingkiran jualan dan iklan e-vaporiser dalam talian; dan meningkatkan penguatkuasaan dalam masyarakat untuk membendung pemilikan dan penggunaan e-vaporiser, termasuk...





