KUALA LUMPUR: Syor supaya kerajaan mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar Kuala Lumpur, mendapat maklum balas dan perhatian banyak pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengakui pihaknya tidak menolak kepentingan untuk mewujudkan pilihan raya PBT, namun ia perlu perbincangan yang mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan.





