SHAH ALAM: Kejayaan ramai komposer muda mara ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, membuktikan pengalaman bukanlah segala-galanya dalam menzahirkan karya bermutu.
Selain bakat, ilmu yang dipelajari dan evolusi teknologi turut membantu menyerlahkan lagu ciptaan generasi baharu.





