KUALA LUMPUR: Seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, di Puchong dekat sini, diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada lewat 16 Disember.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (AC) A Anbalagan, berkata satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong.





