KAJANG: Polis selesai merekod keterangan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, berkait dakwaan gangguan seksual.
Keterangan diambil susulan dakwaan gangguan olehnya terhadap kakitangan J-KOM, Encik Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33 tahun, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, pada Oktober.





