KAHIRAH: Pengundian ditutup di Mesir selepas pilihan raya tiga hari secara meluas dijangka mengembalikan Presiden Abdel Fattah al-Sisi terus berkuasa di negara paling ramai penduduk di Dunia Arab itu.
Akhbar pemerintah, Al-Ahram, melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan, yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya itu, merekodkan kadar peratusan keluar mengundi “yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.





