KAHIRAH: Sedang Israel membuat persiapan ketenteraan untuk membalas tindakan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober, dan kegiatan diplomatik sibuk menghasilkan usaha mengatasi krisis kemanusiaan di Jaluran Gaza, persoalan penting tertumpu kepada peranan Mesir.
Mengapa Mesir kelihatan teragak-agak untuk bertindak bagi meringankan penderitaan yang melanda penduduk awam Palestin, di seberang sempadannya yang hanya sekitar 12.8 kilometer dengan Gaza?





