WASHINGTON: Pentadbiran Encik Joe Biden berkata pada 11 Disember bahawa pihaknya sedang meneliti laporan Amnesty International dan The Washington Post bahawa Israel menggunakan fosforus putih yang dibekalkannya – suatu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby, ketika bercakap dengan pemberita berkata bahawa pentadbiran Encik Biden “sudah tentu prihatin” tentang laporan Israel secara haram...





