KAHERAH (Mesir): Rakyat Mesir keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang dibayangi perang Gaza di negara jiran dan masalah ekonomi dengan penyandangnya, Encik Abdel Fattah el-Sisi, berkemungkinan dipilih semula buat penggal ketiga.
Undian dibuka pada 9 pagi pada Ahad, 10 Disember 2023, dengan berpuluh-puluh pengundi beratur di hadapan pusat mengundi di Kaherah di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.





