GAZA/CAIRO/NEW YORK: Amerika Syarikat mengekalkan tekanan ke atas Israel untuk melakukan lebih banyak usaha bagi melindungi orang awam Palestin semasa serangan sengit terhadap Hamas di seluruh Gaza.
Ini walaupun Washington menggunakan kuasa veto terhadap permintaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk gencatan senjata serta-merta.





