Semua dah mati. Penghuni rumah. Rumah. Penternak binatang. Binatang. Pengusaha kebun. Kebun. Segalanya dah kering kojol. Udara bersih – hangus.
Dalam kabur kabut yang membalut, sekumpulan manusia bertongkat kayu panjang kini berjalan seiring, memantau bumi di hadapan mereka dengan tongkat di tangan sebelum memijak maju. Berhelmet seperti angkasawan dan berpakaian sut tebal, masing-masing mengheret sebuah peti logam yang ditambat talinya...





