Topik hijab terus menjadi topik perbualan dalam masyarakat Islam di Singapura, dan isu ini dibukukan baru-baru ini dalam sebuah naskhah berjudul Hijab.
Hijab, terbitan Helang books dan usaha Cik Hidayah Amin pengasas syarikat itu, bertujuan menonjolkan perkongsian wanita-wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat di Singapura dan juga di luar negara, termasuk dua catatan wanita yang bukan Islam.





