Satu laporan baru-baru ini menyatakan bahawa bank pusat Singapura merupakan pembeli emas ketiga terbesar di dunia bagi sembilan bulan pertama
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membeli empat tan emas di bursa emas terkawal pada suku ketiga 2023, menjadikan pembeliannya bagi 2023 setakat ini berjumlah 75 tan emas, menurut laporan Majlis Emas Sedunia (WGC).





