KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menyatakan Malaysia menolak segala bentuk keganasan terhadap insan yang tidak berdosa dalam sesuatu konflik bersenjata.
Ini termasuk tindakan pengeboman ke atas orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, makanan serta elektrik kepada orang awam.





