PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2022, dengan kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat sebagai antara faktor penyumbang utama.
Hasil kajian Pisa yang dilaksanakan setiap tiga tahun kecuali pada 2021 susulan pandemik itu, skor direkodkan purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Matematik menurun sebanyak 31 mata...





