Usaha gigih dan pembelajaran konsisten keluarga dengan anak kecil yang telah berjaya menamatkan satu program Matematik anjuran Yayasan Mendaki dirai dalam satu majlis pada 2 Disember.
Sekitar 450 ibu bapa dan kanak-kanak hadir di majlis tamat pengajian bagi program KelasMateMatika (KMM) bersamaan acara ‘PlayFest 2023’ anjuran Mendaki di Pusat Konvensyen Politeknik Temasek.





