CYBERJAYA: Pelawak veteran sejak era 1950-an, Mat Sentol, 90 tahun, yang cukup dikenali dengan watak Mat Bond, pada 3 Disember menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU).
Anugerah disampaikan Canselor MMU, Tun Zaki Azmi kepada wakil pelakon dengan nama sebenar, Abdul Rasip Yahya itu, iaitu cucunya, Cik Ain Akashah Rosarif yang hadir ditemani suami, Encik Alif...





