Kementerian Kesihatan (MOH) menasihatkan orang ramai supaya kekal berwaspada memandangkan bilangan kes Covid-19 tempatan telah naik seganda, berlatar jangkitan penyakit pernafasan bertambah di negara-negara iklim sederhana.
Pada minggu 19 hingga 25 November, jumlah kes jangkitan Covid-19 dianggarkan naik seganda daripada 10,726 kes pada minggu sebelumnya kepada 22,094 kes, kata MOH pada 2 Disember.





