PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen (AP) kerajaan ‘Madani’ dari pelbagai parti mungkin sedang berusaha mendapat sokongan dan menyertai Perikatan Nasional, kata Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Beliau, ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata AP ingin berpindah termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan kerajaan yang dianggap mereka dipimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP).





