KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan terhadap akaun Aman Palestin Bhd ketika ini adalah serius kerana membabitkan kepentingan awam.
Justeru, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata desakan untuk SPRM menyahbekukan dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat itu tidak boleh dilakukan sehingga agensi itu selesai siasatan.





