Di sini dulu Aku bergelut pagi petang Memerah otak Melasak badan Menceduk ilmu dari para ilmuan Dalam bilik darjah dan di padang.
Pagi dalam kelas-kelas berdebu putih Dari contengan-contengan kapur di papan hitam (Meskipun papannya berwarna hijau) Mentelaah dari muka surat ke muka surat Dari buku-buku tebal dan tipis menirus Kekadang fahaman kandungan isi buku Lari dari otak yang mencari...





