Operasi gerai makanan Sinaran Cahaya Bedok Corner, yang terletak di Pusat Makanan Bedok, telah digantung selama dua minggu mulai 28 November hingga 11 Disember.
Gerai makanan Melayu itu telah memperoleh 16 mata demerit dalam tempoh setahun dan didenda $1,700 kerana menyediakan makanan di luar premis berlesennya, menjual epok-epok yang mengandungi plaster luka dan gagal mendaftarkan pembantunya, kata Agensi Makanan Singapura...





