Singapura mesti meneruskan disiplin membuat perancangan jangka panjang bukan untuk menangani cabaran segera dan mendesak sahaja, bahkan mewujudkan ruang dan peluang untuk generasi akan datang, kata Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee.
Ketika berucap pada acara menanam pokok di East Coast pada Selasa, Encik Lee mengumumkan rancangan pemerintah menambak laut di East Coast...





