KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Malaysia yang bertujuan membantu Palestin, Aman Palestin Berhad, menafikan jongkong emas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kaitan dengan penyelewengan.
Aman Palestin, yang merupakan sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan tidak berteraskan keuntungan, sedang berdepan siasatan salah guna derma awam.





