Rakyat Singapura telah mengurangkan paras hutang mereka kerana kadar faedah tinggi tidak menggalak mereka mengambil pinjaman baru dan pertumbuhan pendapatan sihat membantu melunaskan hutang mereka, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam sebuah laporan pada Isnin.
Keseluruhan hutang isi rumah berkurangan bagi lapan suku berturut-turut kepada 1.2 kali daripada pendapatan boleh guna peribadi pada suku ketiga 2023.





