PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak bimbang dengan dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan goyah, kerana hakikatnya ia hanya sentimen dimainkan pembangkang.
Menurut beliau, keputusan empat Ahli Parlimen (AP) pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran beliau sebelum ini cukup menggambarkan Kerajaan Perpaduan kukuh dan politik stabil.





