SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 2024.
Beliau yang juga Ahli Parlimen (AP) Pagoh, berkata Perhimpunan Agung Bersatu 2023 adalah terakhir yang disertainya sebagai Presiden Bersatu.





