Berita Harian dan unit maklum balas pemerintah, Reach, akan menganjurkan bersama satu perbincangan panel terbuka bagi orang ramai untuk membincangkan krisis Israel-Palestin.
Perbincangan dalam bahasa Inggeris itu akan diadakan pada 29 November dari 7.30 malam hingga 9 malam di Dewan Acara 1 dan 2, Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di 11 Eunos Road 8.





