SEMARANG: Dua budak lelaki berusia 10 dan 11 tahun ditahan pihak polis Indonesia setelah mereka disyaki menunggang motosikal tanpa topi keladar.
Menurut laporan media tempatan, kedua-dua budak lelaki itu difahamkan dalam perjalanan dari Pangarengan, Madura, ke Jakarta – jarak perjalanan antara kedua-dua kota itu adalah lebih 800 kilometer – untuk berjumpa rakan mereka.





