Penumpang yang memasuki stesen MRT Woodlands untuk menaiki Laluan Utara-Selatan (NSL) atau Laluan Thomson-East Coast (TEL) pada 30 November akan diminta berjalan melintasi ‘metal detector’ atau pengesan logam dan barang yang dibawa bagi imbasan mesin X-ray.
Ini adalah sebahagian daripada latihan persediaan kecemasan pengangkutan awam yang akan dijalankan antara 10 pagi dan 4 petang, dalam usaha memperkukuh keselamatan di tempat...





