Gunung tinggi telah kudaki belantara tebal telah kuredahi lurah curam telah kuturuni lautan dalam telah kuselami tapi aku masih belum menemui sesuatu murni yang aku cari begitu menyenangkan mengelus hati.
Adakah kegagalan pencarian kerana rahsia penuh toksik pekat racun yang aku simpan dan sembunyikan memandulkan pemikiran dan perasaan positif lagi menggelinjang atma daripada mencipta kehidupan bermakna merafakkan nasib berbunga lebat...





