SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan menuntut hukuman penjara 30 tahun ke atas Jeong Myeong-seok, ketua organisasi agama Jesus Morning Star (JMS) yang bergelumang dengan skandal.
Agensi berita Yonhap melaporkan pada Selasa, Jeong telah dituduh merogol dan melakukan serangan seksual terhadap dua pengikut wanita JMS beberapa kali antara Februari 2018 dengan September 2021, dan mencabul seorang lagi pengikut wanitanya di Korea...





